Pelancong rasa selamat berada di Kuala Lumpur
Iklan
Pelancong menyifatkan Kuala Lumpur sebagai lokasi selamat untuk dikunjungi. Gambar kecil dari kiri: Judat, Edvart, Archie dan Nassim
KUALA LUMPUR – Kebanyakan pelancong luar negara mengakui berasa selamat ketika berada di sekitar ibu negara terutama jika berjalan bersendirian atau pada waktu malam.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata pelancong asing memberikan maklum balas positif terhadap tahap keselamatan selain memuji suasana bandar yang mesra pelawat.