'Jangan panik spekulasi harga barang dijangka naik'
Iklan
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembelian panik atau terlalu risau dengan spekulasi harga barangan asas dan mentah yang bakal melambung tinggi. - Gambar hiasan FOTO: BERNAMA
SHAH ALAM - Bekalan barangan makanan asas masih berada di paras mencukupi buat masa sekarang meskipun negara kini berdepan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik Asia Barat ditambah pula kenaikan harga diesel di Semenanjung, kata Penasihat Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.
Atas dasar itu, Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) tersebut berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembelian panik atau terlalu risau dengan spekulasi harga barangan asas dan mentah bakal melambung tinggi.