Terus berhemat, lupakan kerajaan
Iklan
Jika kerajaan pun berjimat cermat, adalah sesuatu yang naif untuk rakyat biasa terus berbelanja seperti biasa. - Gambar hiasan
PADA penghujung Februari lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan sekutu rapatnya Israel membuat keputusan menyerang Iran atas sebab yang hanya Trump sendiri tahu. Sebaik sahaja AS melancarkan serangan pertama, hampir ijmak penganalisis keselamatan dan ekonomi dunia, kecuali pasukan Trump dan Israel, bahawa perang ini tidak akan berakhir dengan pantas dan akan menjejaskan ekonomi dunia.
Ancaman terhadap Selat Hormuz, laluan yang membawa hampir satu perlima bekalan minyak global segera memberi tekanan harga minyak mentah, kos logistik dan rantaian bekalan antarabangsa.