Arsenal terlepas satu lagi trofi
Iklan
Reaksi kecewa Kai Havertz selepas Southampton meraih gol kemenangan pada minit ke-85 perlawanan. FOTO: Agensi
TEKANAN kian memuncak buat Arsenal apabila mereka tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Southampton di peringkat suku akhir, awal pagi tadi.
Dalam aksi di Stadium St Mary’s, pasukan tuan rumah membuka jaringan terlebih dahulu menerusi Ross Stewart di babak pertama, sebelum Arsenal bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Viktor Gyokeres di separuh masa kedua.
Iklan
Iklan
Ketika perlawanan dilihat bakal berlanjutan ke masa tambahan, pemain gantian Shea Charles muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-85.
Kekalahan ini menyusul tidak lama selepas skuad kendalian Mikel Arteta tewas kepada Manchester City dalam final Piala Liga Inggeris, sekali gus menambah tekanan menjelang fasa penentuan musim.
Iklan
Lebih membimbangkan, pertahanan utama Gabriel Magalhaes terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan sebelum tamat perlawanan dengan tahap kecederaannya masih belum diketahui.
Walaupun masih mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) dan beraksi di suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), Arsenal kini berdepan cabaran getir untuk mengekalkan momentum.
Iklan
Southampton pula layak ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2021 selepas mempamerkan aksi lebih bertenaga dan tersusun sepanjang perlawanan.
Sebaliknya, Arsenal dilihat kurang tajam di jentera serangan dan ini juga merupakan kekalahan berturut-turut pertama mereka musim ini.
Arteta mengakui kesilapan di benteng pertahanan menjadi punca utama kegagalan pasukannya.
“Kami menguasai permainan terutama di kawasan lawan, tetapi dua gol yang dilepaskan hadir dalam situasi yang tidak sepatutnya berlaku.
“Pada tahap ini, kesilapan seperti itu menyukarkan peluang untuk mara,” katanya.
Arsenal kini perlu segera bangkit apabila dijadual menentang Sporting CP dalam aksi suku akhir pertama UCL dengan fokus kini terarah untuk memastikan musim mereka tidak berakhir tanpa sebarang kejuaraan.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.