Kegiatan perebutan saham
Iklan
Dalam amalan pasaran saham, pergerakan harga diperlukan untuk membuat keuntungan modal manakala pengurusan yang cekal diperlukan untuk membuat keuntungan perniagaan.
SELAIN pendedahan sensasi oleh agensi berita perdagangan Bloomberg mengenai percubaan mafia korporat menyusup masuk ke dalam syarikat-syarikat tersenarai yang mendapat kontrak raksasa kerajaan, dunia korporat juga sedang menyaksikan percubaan pengambilalihan yang besar.
Buat masa ini, sebahagian percubaan penyusupan itu sudah berakhir berikutan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.