Menara telekomunikasi di pedalaman Sabah guna diesel
Iklan
Yakub menunjukkan Menara telekomunikasi yang berada di Kampung Long Pasia, Sipitang, sebenarnya bergantung kepada diesel.
SIPITANG - Ketika pengguna di Semenanjung berdepan penyelarasan subsidi diesel, penduduk di Sabah dan Sarawak pula terus 'dahagakan' sokongan kerajaan bagi memastikan harga bahan api itu lebih murah demi kelangsungan kehidupan harian.
Kebergantungan tinggi terhadap diesel di Borneo bukan satu pilihan terutama di pedalaman atas faktor keperluan kritikal, geografi dan kekurangan kemudahan infrastruktur.