Empat jam perjalanan ke pekan, kos diesel cecah RM70
Iklan
Kenderaan pacuan empat roda yang diisi dengan diesel pengangkutan utama penduduk di pedalaman Sabah.
TENOM - Penduduk Kampung Sumambu di sini menanggung kos diesel mencecah RM70 bagi setiap perjalanan pergi dan balik ke pekan bagi membeli keperluan harian.
Walaupun jaraknya hanya 20 kilometer tetapi perjalanan mengambil masa empat jam disebabkan keadaan jalan tanah merah berbukit dan licin untuk ke pekan Kemabong.