15,000 anak terpaksa ditolak
Iklan
Setiap tahun, ribuan permohonan ke Tabika Kemas terpaksa ditolak akibat kekangan kapasiti. - Gambar kecil (Mohd Hanafiah)
PERMINTAAN terhadap Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terus melonjak, namun realitinya tidak semua anak mendapat tempat. Setiap tahun, ribuan permohonan terpaksa ditolak akibat kekangan kapasiti.
Di sebalik kepercayaan tinggi ibu bapa, Kemas masih berdepan cabaran besar melibatkan premis menumpang, infrastruktur daif serta keperluan menaik taraf kemudahan pembelajaran.