RCI atas mafia korporat
Iklan
Malaysia sedang menghadapi krisis keyakinan awam terbesar selepas skandal 1MDB susulan pendedahan Bloomberg tentang ‘mafia korporat’ melibatkan SPRM.
SKANDAL 'mafia korporat' yang dibongkah sedang mengembang dan Kerajaan Madani perlu segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas skandal yang ketika ini sudah melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dalam pasukan polis.
NexG, syarikat terbesar yang menjadi rebutan dalam kalangan pelaku mafia korporat ini mendapat tiga kontrak – baru dan lanjutan – daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang nilainya mencecah RM 2.6 bilion untuk membekalkan pasport, MyKad dan kad pekerja asing.