‘Minta laksana GST, tukar Madani tax pun tidak apa’ - Dr Akmal Saleh
Iklan
Dr Muhamad Akmal Saleh
SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir pelaksanaan inisiatif kedai runcit Madani Mart yang dilihat mempunyai persamaan dengan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ketika diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Dr Muhamad Akmal berkata, meskipun inisiatif berkenaan pernah menerima kritikan daripada pembangkang, namun idea sama kini dilihat diteruskan dan diguna pakai kerajaan masa kini.
Iklan
Iklan
Ujar beliau, kerajaan turut disaran supaya melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Tahniah kerajaan BN, idea serta polisi yang bagus dan diteruskan oleh kerajaan hari ini walaupun mereka pernah mengutuk idea tersebut.
Iklan
“Seterusnya, minta kerajaan laksanakan semula GST untuk kebaikan ekonomi negara, mungkin boleh tukar nama kepada Madani tax pun tidak apa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan kedai runcit Madani Mart yang pertama di negara ini melalui cawangan Indera Mahkota 8 (IM8) pada Jumaat.
Iklan
Inisiatif Madani Mart yang diterajui Yayasan Madani itu merupakan strategi Kerajaan Madani dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta menangani cabaran kos sara hidup secara menyeluruh.
Menurut Dr Muhamad Akmal, pihaknya terus memberi sokongan kepada sebarang inisiatif yang memberi manfaat kepada ekonomi rakyat.
“Yang baik kita akan terus sokong. Alhamdulillah. Dulu kita ada KR1M tetapi pembangkang mengutuk kedai tersebut ketika itu.
“Kini pembangkang tersebut telah menjadi kerajaan dan telah mengemukakan idea sangat bernas iaitu membuka Madani Mart pula,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.