Awas scammer curi duit akaun 2 KWSP: Polis
Iklan
Mohd Zakaria
KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau berhubung perkara terbabit.
Iklan
Iklan
"Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan tetapi polis berharap dengan adanya amaran awal menerusi media cetak dan media elektronik, ia berupaya mencegah kejadian sebegini berlaku," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP sehingga 30 April bagi pengeluaran bermula Mei, difahamkan wujudnya sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.
Iklan
Mohd Zakaria berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati.
"Masyarakat perlu berhati-hati dan tidak berurusan dengan individu yang mewakili kelompok atau persatuan. Jangan beri sebarang data yang boleh dimanipulasi oleh penipu (scammer).
Iklan
"Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>