KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.5 melanda utara Laut Maluku, Indonesia pada 8.22 pagi Jumaat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 120 km barat laut dari Ternate, Indonesia.