Lintas ke Siam isi diesel lebih murah
Iklan
Tinjauan di sekitar Sungai Golok mendapati diesel dijual pada harga kira-kira 41.28 baht (RM5.07) seliter, manakala petrol RON95 pula sekitar 42.59 baht (RM5.24) seliter.
NARATHIWAT – Lonjakan harga diesel di Malaysia sehingga mencecah RM6.02 seliter pada Khamis mendorong sebahagian rakyat negara ini mendapatkan bahan api itu di selatan Thailand yang ditawarkan pada harga lebih rendah.
Tinjauan di sekitar Sungai Golok mendapati diesel dijual pada kira-kira 41.28 baht (RM5.07) seliter, manakala petrol RON95 sekitar 42.59 baht (RM5.24) seliter.