MANILA - Dua juruterbang maut pada Khamis apabila pesawat kargo udara dipandu mereka terhempas di luar perimeter lapangan terbang di Barangay Dekalacho di Coron, Palawan, menurut Kumpulan Keselamatan Penerbangan Polis Negara Filipina, lapor Xinhua.
Menurut PNP-ASG, kemalangan itu berlaku kira-kira 11 pagi waktu tempatan di luar perimeter Lapangan Terbang Busuanga.