Deretan A bukan tiket emas: Realiti saringan menjadi doktor perubatan
Iklan
Dunia perubatan tidak hanya mencari pelajar yang paling cemerlang di atas kertas, tetapi individu yang benar-benar bersedia untuk memikul amanah besar dalam menjaga nyawa manusia. Gambar hiasan
SETIAP kali keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, suasana kegembiraan pasti menyelubungi ribuan keluarga di seluruh negara. Tahun ini, lebih 13,000 calon berjaya meraih keputusan cemerlang dengan gred A dalam semua mata pelajaran, malah ratusan daripadanya memperoleh A+ penuh.
Bagi ramai pelajar pintar ini, satu impian yang sering menjadi pilihan ialah untuk bergelar doktor perubatan. Di mata masyarakat, deretan A seolah-olah sudah cukup untuk membuka laluan ke sekolah perubatan. Namun hakikatnya, perjalanan sebenar jauh lebih mencabar daripada apa yang dibayangkan.