Pengambilalihan Sunway-IJM perlu imbang manfaat, risiko - Pakar
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Alvin (atas), Mohd Faisol (bawah)
SHAH ALAM – Cadangan pengambilalihan melibatkan Sunway Berhad dan IJM Corporation Berhad tidak seharusnya dilihat semata-mata dari sudut keuntungan dagangan, sebaliknya perlu dinilai berdasarkan sejauh mana langkah itu mampu meningkatkan kapasiti produktif negara.
Ketua Ahli Ekonomi Centre for Market Education, Alvin Desfiandi berkata, penilaian terhadap tawaran berkenaan perlu mengambil kira keseimbangan antara peningkatan keupayaan ekonomi dengan risiko pengurangan persaingan dalam pasaran.