Sabar benteng terakhir putus asa
Iklan
Sabar adalah latihan jiwa untuk tidak tunduk kepada sikap berputus asa. Gambar hiasan
SEPANJANG perjalanan hidup, ada saatnya kita kuat dan ada waktunya kita hampir terduduk. Kita senyum di luar, tetapi di dalam hati sedang lelah dan penat.
Jiwa sedang bergelut antara mahu bertahan atau menyerah. Pada titik itulah, satu nilai sering menjadi pemisah antara bangkit atau rebah iaitu sabar.