IPOH - Padah mengenakan syarat mewajibkan pembelian barangan lain untuk membeli minyak masak paket bersubsidi, sebuah premis kedai runcit di Tapah diserbu sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.
Pengarah KPDN, Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, dalam operasi 10.30 pagi itu sebanyak 714 kilogram (kg) minyak masak paket, dokumen perniagaan, lesen berkaitan serta invois pembelian disita dengan keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,785.