BERA - Empat suspek dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes tetak seorang lelaki menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, Bera, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.16 malam itu, mangsa berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah akibat ditetak.