Selamat bertunang Syed dan Bella
Iklan
Syed Saddiq dan Bella melangsungkan pertunangan mereka pada Sabtu lalu. FOTO: FB Bella Astillah - supporter
AWANG selalunya tak peduli sangat soal bertunang, kahwin dan cerai para artis. Tapi cerita Bella Astillah lain sikit. Penyanyi dan pelakon terkenal itu berjaya menawan hati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Syed Saddiq pada masa ini dianggap (dengan izin) the most eligible bachelor in Malaysia.
Kisah cinta mereka mendapat sorotan media kerana selama ini mereka kelihatan amat rapat. Menurut ceritanya Syed Saddiq melamar Bella apabila mereka berada di puncak Gunung Kinabalu tahun lalu.