Apa nak disorokkan lagi?
Iklan
AZAM - FOTO: Bernama
AWANG mulanya terkejut juga baca posting Tuan Ibrahim Tuan Man yang dakwa PMX sendiri arahkan pegawai kerajaan jangan dedahkan laporan siasatan pegangan saham Tan Sri Azam Baki.
Sebetulnya bukan Timbalan Presiden Pas itu saja yang bangkitkan hal tu. Banyak pihak lain juga mahukan hasil siasatan terbabit didedahkan segera. Tuk Seri Rafizi Ramli pula dilaporkan berkata hasil siasatan itu menemukan pemilikan saham Azam dalam 9 syarikat yang bernilai kira-kira RM14 juta.