Suami jadi bapa ayam 'jual' isteri kepada lebih 120 lelaki

Iklan
Perbicaraan kes itu dijadualkan bermula pada 13 April ini. - Foto Agensi

STOCKHOLM - Seorang lelaki tergamak menjadi bapa ayam dengan 'menjual' isterinya kepada lebih 120 lelaki.

Aktiviti tidak bermoral tertuduh berusia 62 tahun itu terbongkar selepas mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa di utara Sweden pada Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Dokumen pendakwaan mendapati individu tersebut mendapat manfaat kewangan dengan memaksa isterinya menawarkan perkhidmatan seks.

"Dia turut menghasilkan iklan dalam talian dan mengaturkan pertemuan dengan 'pelanggan' isterinya.

Iklan

"Lelaki itu menggunakan kekerasan melampau jika mangsa cuba melawan," menurut kandungan dokumen itu lagi.

Pendakwa raya melabel kes itu sebagai 'eksploitasi kejam'.

Iklan

Pada Februari lalu, kira-kira 120 'pelanggan' isterinya antara Ogos 2022 dan Oktober 2025 telah dikenal pasti.

Selain berdepan dakwaan terlibat kegiatan pelacuran, tertuduh juga berdepan lapan tuduhan kes rogol. - Agensi