Bunyi aneh bawah katil disangka unsur mistik, rupa-rupanya...

Iklan
Rakaman kejadian itu turut tular di media sosial. - Foto Agensi

BANGKOK - Percutian santai satu pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri selepas 'diganggu' seekor ular tedung.

Kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Krabi, Thailand dan dikongsikan di Facebook.

Iklan
Iklan

Mereka hanya menyedari kehadiran reptilia berbahaya itu menjelang waktu subuh.

Salah seorang melompat dari katil kerana panik setelah terlihat kelibat haiwan itu di bawah katil.

Iklan

"Pada mulanya, mereka menyangka bunyi aneh seperti berdesis itu mungkin ada kaitan dengan kejadian mistik. Ular tersebut juga sempat menjalar pada leher pasangan berkenaan ketika mereka sedang nyenyak tidur. Mereka amat bernasib baik kerana tidak dipatuk reptilia berbisa itu," menurut laporan Pattaya Mail.

Rakaman yang menjadi tular di media sosial turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang mempersoalkan protokol keselamatan di hotel berkenaan memandangkan ia terletak berhampiran kawasan hutan. - Agensi

Iklan