Laluan Kulai–Sedenak sesak teruk akibat nahas treler, lori tangki

Iklan
Kemalangan melibatkan sebuah treler dan lori tangki dilaporkan berlaku di KM40.6 arah utara, antara laluan Kulai ke Sedenak pada Selasa dam menyebabkan semua lorong terhalang.

JOHOR BAHRU – Satu insiden kemalangan melibatkan sebuah treler dan lori tangki dilaporkan berlaku di KM40.6 arah utara, antara laluan Kulai ke Sedenak pada Selasa dan menyebabkan semua lorong terhalang.

Menurut laporan dari laman X @plustrafik, keadaan trafik mula sesak sejak jam 12.30 tengah hari dengan kenderaan tidak bergerak sehingga lima kilometer.

Iklan
Iklan

Status terkini pada jam 1 tengah hari menyatakan trafik masih terhenti sejauh sembilan kilometer dan semua lorong arah utara masih ditutup.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memberi laluan kepada petugas kecemasan yang berada di lokasi serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Iklan

Pemandu juga digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk.

Maklumat terkini dan status trafik boleh diperoleh melalui laman X @plustrafik di https://x.com/plustrafik.

Iklan

Dalam pada itu, pengesahan sedang diperoleh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.