Kerajaan teliti risiko, kos dan keselamatan sebelum keputusan
Iklan
Malaysia masih menilai pelaksanaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi tenaga jangka panjang negara.
SHAH ALAM - Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan dan sedang mengkaji potensi penggunaan teknologi nuklear sebagai penjana tenaga untuk negara di masa hadapan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Chang Lih Kang berkata, kajian yang dibuat itu didorong oleh beberapa faktor seperti sumber gas asli yang semakin berkurang dan permintaan tenaga bersih yang semakin meningkat.