Harga bahan binaan dijangka meningkat 40 peratus
Iklan
Kedai perkakasan dan pembekal sektor pembinaan dikatakan dalam perancangan untuk menaikkan harga dalam masa terdekat. Gambar kecil: Tukiman
SHAH ALAM - Harga bahan binaan dijangka meningkat mencecah 40 peratus berbanding kadar semasa susulan konflik di Asia Barat.
Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (Perkobf), Tukiman Radion berkata, jangkaan itu berdasarkan maklumat daripada pihak kedai perkakasan dan pembekal sektor pembinaan, menunjukkan mereka kini dalam perancangan untuk menaikkan harga dalam masa terdekat.