Malaysia perlu 1,200 profesional nuklear
Iklan
Datuk Chang Lih Kang
SHAH ALAM - Malaysia dijangka memerlukan antara 700 ke 1,200 orang sumber manusia bagi program kuasa nuklear, bergantung kepada skala projek dan tahap automasi sekiranya Rancangan Tenaga Nuklear Malaysia diteruskan di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Chang Lih Kang berkata, buat masa ini, negara mempunyai kumpulan profesional nuklear yang kecil tetapi semakin berkembang dengan kira-kira 30 tenaga mahir dalam bidang nuklear.