PELUMBA remaja trek sensasi negara Sawda Hasbullah merangkul pingat emas acara ujian masa 1 kilometer (km) remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina, hari ini.
Atlet berusia 18 tahun itu bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran yang dimenanginya di Velodrom Nasional Nilai, tahun lepas malah turut memecahkan rekod remaja Asia miliknya dengan catatan masa satu minit 09.604 saat (s).