Isu Azam Baki: Pas cabar PM, kerajaan saman Bloomberg
Iklan
Ahmad Fadhli
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg susulan laporan terbaharu berhubung dakwaan berkaitan siasatan ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerajaan perlu bertindak segera sekiranya laporan tersebut tidak benar, termasuk memfailkan saman di mahkamah.
Iklan
Iklan
"Ini kali ke berapa Bloomberg siarkan artikel membangkitkan persoalan ketelusan kerajaan Madani secara terbuka. Tidak malukah kerajaan Madani di bawah pimpinan PMX dihadapkan pendedahan demi pendedahan ini?
"Artikel ini lebih berani lagi menyatakan bahawa individu yang disiasat masih berpotensi diberikan laluan ke jawatan lain seperti senator selepas tamat tempoh perkhidmatan. Ini tentunya menghantar mesej yang salah kepada rakyat.
Iklan
"Kerajaan wajib jawab, jika ia fitnah lakukan tindakan. Saman dan dakwa Bloomberg. Kenapa takut? Jika benar laporan sudah siap, kenapa tangguhkan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini media melaporkan, Bloomberg yang memetik sumber mendakwa Anwar meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan berkaitan isu pemilikan saham Azam.
Iklan
Menurut laporan itu, penangguhan dibuat sehingga satu lagi siasatan berasingan dikaitkan dengan dakwaan 'mafia korporat' selesai, dengan menyebut Perdana Menteri bimbang ia boleh menjejaskan kedudukan kerajaan sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
Pada 10 Februari lalu, Bloomberg melaporkan Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Bhd, berdasarkan penyata tahunan syarikat yang difailkan pada 3 Februari tahun lalu, yang didakwa melanggar pekeliling kerajaan 2024.
Azam bagaimanapun menegaskan transaksi tersebut telah diisytiharkan dan saham berkenaan telah dilupuskan tahun lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>