Remaja dilaporkan hilang, berada di rumah ibu saudara

Iklan
Nur Sofea Haton sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dilaporkan selamat dan berada di rumah ibu saudaranya di Pasir Mas, Kelantan.

AMPANG – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, berada di rumah ibu saudaranya di Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, ibu bapa mangsa telah dimaklumkan mengenai keberadaan Nur Sofea Haton Abdul Hafiz dan segera mengambil anak mereka.

Iklan
Iklan

"Susulan penemuan berkenaan, remaja terbabit kini telah dikeluarkan daripada senarai orang hilang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Khamis, media melaporkan polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan remaja terbabit yang dilaporkan hilang.

Iklan

Khairul Anuar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya hilang dari rumah di Bandar Baru Ampang pada jam 8 malam.

Pengadu membuat pemeriksaan di dalam rumah sebelum mendapati remaja itu telah keluar dengan membawa beg pakaian.

Iklan

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarga.