Kenaikan harga barang belum menyeluruh, masih terkawal - BRO
Iklan
Keadaan kenaikan harga barangan masih terkawal meskipun terdapat tekanan akibat konflik di Asia Barat. Gambar kecil: Syed Naqiz Shahabuddin
SHAH ALAM - Keadaan kenaikan harga barangan ketika ini masih belum menyeluruh dan berada dalam fasa terkawal meskipun wujud tekanan akibat konflik di Asia Barat.
Presiden Bumiputera Retailers Organization (BRO), Datuk Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar berkata, konflik di Asia Barat yang menjejaskan harga minyak global sememangnya memberi kesan kepada kos logistik, pengangkutan serta sebahagian kos pengeluaran.