Timbang aspek keselamatan, kesihatan sebelum laksana nuklear
Iklan
Cadangan penggunaan teknologi nuklear di Malaysia perlu mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan kesan kepada komuniti sebelum dilaksanakan. Gambar kecil dari kiri: Aleya Maisarah, Muhamad Safuan dan Mohd Ramdhan
SHAH ALAM- Aspek keselamatan, kesihatan dan kesan terhadap komuniti setempat merupakan antara pertimbangan yang perlu dilihat kerajaan sekiranya berhasrat ingin meneroka penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga baharu negara.
Pelajar, Aleya Maisarah Azmi, 22, dari Kemaman, bersetuju dan merasakan penggunaan teknologi tenaga nuklear boleh dipertimbangkan namun kerajaan perlu memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada rakyat, negara dan alam sekitar.