TEHERAN - Kementerian Luar Iran mengecam sekeras-kerasnya serangan AS-Israel ke atas universiti-universiti di Iran, dengan menyifatkan bedilan itu menunjukkan permusuhan terhadap kemajuan saintifik negara berkenaan, lapor agensi berita Mehr (MNA).
"Menyasarkan universiti dan pusat saintifik bukanlah sesuatu yang lazim dalam mana-mana konflik bersenjata, kecuali jika musuh telah mencapai tahap terdesak sehingga tersilap mempercayai bahawa mereka boleh menyekat aliran dinamik sains dan industri dengan memusnahkan kemudahan saintifik secara fizikal," kata jurucakap kementerian, Esmaeil Baghaei dalam satu nota yang diterbitkan pada Ahad.