KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang memaklumkan, kawasan terlibat ialah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang; Perak (Batang Padang dan Muallim); Pahang (Cameron Highlands, Raub dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).