Jutaan penunjuk perasaan sertai perhimpunan 'No Kings' bantah Trump, perang Iran

Iklan
Orang ramai memegang sepanduk ketika berhimpun di Grant Park sempena perhimpunan 'No Kings' di Chicago pada Sabtu. Foto AFP

WASHINGTON - Jutaan penunjuk perasaan dilaporkan turun ke jalan raya dalam siri perhimpunan 'No Kings' di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pada Sabtu bagi membantah dasar Presiden AS, Donald Trump serta konflik perang melibatkan Iran, lapor CBS News pada Ahad.

Penganjur Perhimpunan No King AS menganggarkan sekurang-kurangnya lapan juta peserta terlibat dalam lebih 3,300 acara di seluruh dunia, menjadikan ia antara demonstrasi terbesar setakat ini.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, dua pusingan awal himpunan pada Jun dan Oktober masing-masing menarik lebih lima juta dan tujuh juta peserta.

Di Minnesota, yang menjadi tumpuan utama, puluhan ribu berhimpun di kawasan Capitol di St Paul dengan sebahagiannya mengibarkan bendera Amerika Syarikat secara terbalik sebagai simbol protes.

Iklan

Penunjuk perasaan berhimpun dalam himpunan 'No Kings' di luar bangunan Capitol negeri di St Paul, Minnesota pada Sabtu. Foto Agensi

Acara utama menampilkan penyanyi legenda, Bruce Springsteen yang mempersembahkan lagu Streets of Minneapolis, ditulis susulan insiden tembakan maut melibatkan dua individu oleh ejen persekutuan.

Iklan

Beliau menyifatkan kebangkitan rakyat sebagai tanda harapan terhadap masa depan negara itu.

Turut hadir, penyanyi Joan Baez, pelakon Jane Fonda serta Senator Bernie Sanders bersama aktivis dan pemimpin buruh lain.

Menurut penganjur, lebih 200,000 orang menghadiri perhimpunan di St Paul sahaja, melebihi jumlah peserta Women's March 2017.

Himpunan turut berlangsung di bandar utama termasuk New York, Chicago, Philadelphia serta beberapa negeri lain seperti Texas dan Michigan.

Di Washington, ratusan peserta berarak dari Memorial Lincoln ke National Mall sambil membawa sepanduk dan melaungkan slogan 'No Kings'.

Bagaimanapun, pihak Rumah Putih menolak demonstrasi tersebut sebagai digerakkan oleh rangkaian pendanaan kiri dan tidak mencerminkan sokongan awam sebenar.