Malaysia perlu pertahan kedaulatan Sabah
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Senator Filipina, Robin Padilla menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr untuk menghidupkan semula tuntutan negara itu ke atas Sabah. Gambar kecil: Kok Seong
SHAH ALAM – Malaysia perlu bersedia mempertahankan kedaulatan Sabah sekiranya Filipina mengambil langkah membawa tuntutan rasmi berhubung wilayah itu ke peringkat antarabangsa.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, isu tuntutan berkenaan berpunca daripada perbezaan tafsiran terhadap perjanjian tahun 1878 antara Sultan Sulu dan dua ejen British iaitu Alfred Dent serta Baron von Overbeck.