Nostalgia raya sebuah Malaysia
Iklan
Aidilfitri mengingatkan tentang kekuatan sebenar Malaysia bukan pada kepelbagaian etniknya, tetapi keupayaan masyarakatnya untuk berkongsi ruang kehidupan dengan penuh hormat dan keakraban. Gambar hiasan
ADA satu suasana semakin sukar ditemui dalam kehidupan moden kini; halaman rumah bercahaya pelita, jiran datang tanpa janji membawa juadah dan gema takbir raya sebagaimana pernah kita lalui di Masjid Jamek Tanjong Malim yang menyatukan seluruh komuniti. Satu nostalgia, satu pengalaman.
Hari ini kita mungkin tinggal di rumah lebih besar dan bandar moden. Namun dalam keselesaan itu, sesuatu halus terasa semakin hilang; kehangatan masyarakat yang dahulu menjadikan hari raya sebagai perayaan bersama, bukan sekadar perayaan keluarga.