Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, di Sabah, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pedalaman iaitu membabitkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan serta Tambunan.

Iklan
Iklan

Kawasan diramal terjejas di Sarawak pula ialah Sibu (Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang. - Bernama