KANGAR - Seekor burung upeh (Asian Openbill Stork) yang lazim berhijrah ke Perlis bagi mencari makanan di kawasan berair ditemui mati di sebuah tali air yang kering akibat cuaca panas ketika tinjauan di Batu Putih, Kuala Perlis, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan seluruh Perlis dan empat daerah di Kedah mencatatkan gelombang haba Tahap 2, manakala 16 lagi kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga). - Bernama