Aidilfitri di tengah-tengah pergolakan
Iklan
Negara-negara Teluk turut membuat penyesuaian dengan menetapkan bahawa solat Aidilfitri hanya akan diadakan di dalam masjid dan bukan di kawasan terbuka. Gambar fail Bernama
KETIKA artikel ini ditulis, seluruh negara sedang menunggu dengan penuh debaran tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri.
Memori ‘Raya Terkejut’ 2022/1443H masih segar dalam fikiran ramai — kesesakan lalu lintas yang luar biasa, kelam-kabut untuk mengambil ahli keluarga, membeli pakaian dan menyediakan juadah — semua orang kini membuat persediaan lebih awal, walaupun secara astronomi menunjukkan kebarangkalian melihat anak bulan pada malam Khamis kali ini lebih rendah berbanding ketika itu.