Israel tidak kebal sebenarnya!
Iklan
Misil Iran seperti Khorramshahr-4 dan Sejjil terbukti amat berkesan menembusi pertahanan Israel. Gambar hiasan
SEMASA tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran yang dipanggil Epic Fury pada 28 Februari lepas, tiada siapa yakin Iran akan bertahan. Tetapi ternyata serangan balas Iran mengejutkan dunia.
Israel yang dikatakan punya sistem pertahanan tercanggih di dunia kini terdedah atau vulnerable pada serangan misil Iran. Jelas terbukti serangan misil Iran yang diberi nama Khorramshahr-4, Fattah-2, Sejjil, Shahab-3 dan lain-lain amat berkesan.