SEREMBAN - Sikap segelintir pemandu yang gemar memotong barisan atau 'potong Q' serta menggunakan lorong kecemasan di negeri ini mengundang padah apabila disaman polis trafik.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintenden Roslan Mohamed @ Ab Aziz berkata, sepanjang Op Selamat sempena Aidilfitri ini, sebanyak 123 saman dikeluarkan bagi kesalahan terbabit.