ISTANBUL - Dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera apabila serpihan peluru berpandu balistik yang dipintas jatuh di Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik pihak berkuasa pada Khamis.
Menurut Pejabat Media Abu Dhabi dalam kenyataan, insiden itu berlaku di Jalan Sweihan selepas sistem pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu balistik.