Rancang perjalanan dengan MyPLUS-TTA, trafik dijangka cecah 2.3 juta sehari - PLUS
Iklan
Pengguna disaran merancang perjalanan menggunakan MyPLUS-TTA bagi mengelakkan kesesakan.
SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik ketara 2 juta hingga 2.3 juta kenderaan sehari menggunakan rangkaian lebuh rayanya sepanjang tempoh hari puncak antara 27 hingga 29 Mac ini.
PLUS memaklumkan, peningkatan trafik tersebut susulan pergerakan orang ramai pulang ke Lembah Klang selepas bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Iklan
Iklan
Menurutnya, peningkatan berkenaan melibatkan perjalanan jarak jauh serta pergerakan antara bandar utama menuju ke Lembah Klang.
"Sehubungan itu, pengguna lebuh raya digalakkan merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan MyPLUS-TTA bagi memastikan perjalanan lebih lancar.
Iklan
"Pengguna dinasihatkan supaya mengikuti jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA yang boleh diakses menerusi aplikasi PLUS serta merancang waktu perjalanan mengikut cadangan bagi membantu melancarkan aliran trafik di lokasi tumpuan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, PLUS turut mengaktifkan laluan Smart Lane di 34 lokasi terpilih selain menugaskan anggota PLUSRonda menjalankan rondaan 24 jam sehari bagi membantu pengguna lebuh raya.
Iklan
Selain itu, PLUS memaklumkan, kemudahan di semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah dipertingkatkan bagi menampung jumlah pengguna yang tinggi sepanjang tempoh berkenaan.
"Pengguna juga diingatkan memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesulitan di plaza tol," ujar kenyataan itu lagi.
Maklumat trafik semasa boleh diperoleh melalui aplikasi PLUS, akaun X @plustrafik, @lpt2trafik, paparan mesej elektronik (VMS) di lebuh raya serta siaran radio tempatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>