Tanggungjawab kita dalam dunia bergolak
Iklan
Dunia di luar sana sedang berdepan dengan ketidaktentuan yang semakin meruncing khususnya krisis berpanjangan di Asia Barat. Gambar hiasan
AIDILFITRI tahun ini hadir dalam suasana berbeza. Di sebalik kemeriahan pulang ke kampung, juadah yang tersusun di meja dan kemaafan dipohon dengan penuh keikhlasan, kita tidak dapat menafikan dunia di luar sana sedang berdepan dengan ketidaktentuan yang semakin meruncing – khususnya krisis berpanjangan di Asia Barat.
Dalam keadaan ini, sambutan hari raya yang sederhana bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan moral. Kesederhanaan bukan bererti kekurangan, tetapi manifestasi kesedaran – bahawa dalam dunia yang tidak seimbang, kita harus lebih berhemat, lebih berempati dan lebih bertanggungjawab sebagai pengguna.