Kadar penghunian hotel bajet meningkat

Iklan
Pada musim perayaan, hotel di kawasan bandar kecil dan daerah lebih mencatatkan kadar penghunian yang tinggi berbanding di pusat bandar. Gambar kecil: Ganesh

SHAH ALAM - Pada musim perayaan, hotel di kawasan bandar kecil dan daerah lebih mencatatkan kadar penghunian yang tinggi berbanding di pusat bandar besar susulan ramai warga kota pulang ke kampung.

Presiden MyBHA, Dr Sri Ganesh Michiel berkata, berdasarkan maklum balas awal daripada ahli-ahli di seluruh negara, kadar penghunian (occupancy rate) meningkat sekitar 10 hingga 20 peratus bergantung kepada lokasi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, namun begitu, peningkatan ini tidak berlaku secara sekata di semua kawasan kerana corak perjalanan semasa musim perayaan lebih tertumpu kepada pergerakan balik kampung dan kunjungan keluarga.

"Tempahan hotel lebih tinggi lazimnya berlaku di bandar-bandar kecil, pekan daerah dan kawasan transit yang menjadi laluan utama perjalanan balik kampung.

Iklan

"Kawasan seperti bandar daerah di negeri-negeri seperti Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu menunjukkan kadar penghunian lebih tinggi.

"Sebaliknya, kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur dan pusat komersial besar biasanya tidak mencapai kadar penuh," ujarnya kepada Sinar Harian.

Iklan

Tambah Sri Ganesh, tempahan biasanya mula meningkat sekitar dua minggu sebelum Hari Raya, dengan lonjakan ketara berlaku seminggu sebelum perayaan.

Jelasnya, bagaimanapun, terdapat juga sebahagian pelanggan yang membuat tempahan pada saat akhir, terutamanya bagi perjalanan spontan.

"Secara umumnya, kebanyakan hotel bajet mengekalkan kadar harga bilik yang stabil dan tidak menaikkan harga secara mendadak semasa musim perayaan.

"Industri hotel yang berdaftar sentiasa menitikberatkan ketelusan harga dan pematuhan kepada garis panduan industri serta peraturan pihak berkuasa," ulasnya.

Beliau turut menjelaskan faktor penting yang perlu diberi perhatian ialah trend di mana Penginapan Jangka Masa Pendek (Short-Term Rental Accommodation – STRA) yang tidak berdaftar masih menjadi pilihan utama bagi sebahagian pelancong atau pengunjung sebelum mereka mempertimbangkan hotel.

"Selain itu, STRA yang tidak berdaftar sering menjadi pilihan kerana faktor harga dan kapasiti yang lebih besar untuk kumpulan keluarga.

"Walaupun ia tidak tertakluk standard keselamatan, cukai dan pematuhan peraturan yang sama seperti hotel berdaftar," katanya.