KJ diminta cermin diri sebelum label orang lain
Iklan
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta cermin diri sebelum melabel individu lain yang dipercayai merujuk kepada Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai 'stupid and incompetent'.
Naib Ketua Pemuda Pas Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, kenyataan sedemikian tidak wajar dikeluarkan memandangkan individu yang dimaksudkan telah membuktikan kemampuan dalam politik.
Iklan
Iklan
Menurutnya, individu yang digelar Khairy Jamaluddin sebagai 'stupid and incompetent' itu merupakan seorang jurutera aeronautik yang berjaya mengekalkan kemenangan Pas untuk penggal kedua di Terengganu.
"Kepada bro Khairy Jamaluddin yang telah kalah kepada Datuk R Ramanan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, orang yang kamu kata itu adalah orang pertama berjaya mengekalkan kemenangan penggal kedua buat Pas di Terengganu.
Iklan
"Individu ini telah berjaya sapu bersih 32-0 di kerusi Dewan Undangan Negeri di Terengganu pada PRU15 yang lalu.
"Beliau juga telah berjaya meningkatkan majoriti dengan jumlah luar biasa dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, sekali gus mengekalkan dominasi 8-0 di Parlimen Terengganu," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.
Iklan
Ujarnya, individu berkenaan dari parti Pas, parti yang paling ramai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat selain merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), bakat baharu, muda dan segar yang dipilih oleh PN untuk berdepan PRU16.
"Tak seperti gabungan politik lain yang masih mengekalkan 'orang lama' memimpin. Jangan lupa, PN juga telah berjaya mendapatkan empat negeri dan mengukuhkan kedudukan di Perak, Pahang dan Selangor dalam PRU15 lalu.
"Bro Khairy Jamaluddin, strategi yang terbaik adalah untuk menang, bukan sekadar untuk 'loud and shine' di media sosial. Politik kami adalah bersama dan untuk kebaikan rakyat, bukan untuk jadi hiburan kepada rakyat dengan karya-karya retorik politik.
"Untuk makluman bro Khairy Jamaluddin, politik serang peribadi ini dah lapuk. Rakyat dah tak makan," katanya.
Terdahulu, Khairy Jamaluddin menerusi satu hantaran dipercayai di media sosial menulis dalam bahasa Inggeris:"And we really do have a most USELESS Opposition right now. Global instability, energy crisis, corruption scandal. The stage is set for you to shine.
Tambahnya lagi:"But you're just too stupid and incompetent. Hoping to win by default is not a strategy that inspires confidence. Kata aeronautical engineer, but you literally have no opinion on ANYTHING substantial. Amatuer hour on both sides of the political divide."
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi
Perikatan Nasional (PN) masih berunding bagi memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan sasaran mendapatkan tambahan dua kerusi daripada tujuh yang dibincangkan setakat ini bersama UMNO.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan berkenaan masih berlangsung dan keputusan akhir dijangka dibuat dalam masa terdekat, termasuk kemungkinan satu atau dua kerusi tambahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801616/berita/politik/prn-melaka-pn-belum-muktamad-agihan-kerusi-intai-tambahan-dua-kerusi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T08:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqn2jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqn2jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqn2jq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN
Pas menafikan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bersama atau sepentas dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801612/berita/politik/prn-melaka-pas-nafi-sepentas-umum-calon-dengan-bn
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T08:00:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmzj6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmzj6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmzj6"></script>