Syawal satukan budaya Pakistan-Kelantan
Iklan
Keluarga Pakistan-Kelantan Muhammad Zahir berhari raya dan bergambar kenangan.
KOTA BHARU – Daripada capati, biryani dan teh chai kepada ketupat, lemang serta sate.
Itulah ‘perjalanan’ menu hari raya buat Muhammad Zahir Muhammad Qayyum, 38, berasal dari Mardan, Pakistan selepas 15 tahun meraikan Aidilfitri di Malaysia semenjak mendirikan rumah tangga bersama wanita tempatan, Nik Rosnida Nik Abd Rashid, 52.