'Banduan Dr Malik' patut dicontohi
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Februari lalu berhubung kisah Dr Malik yang menerima perkenan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.
AWANG terharu dan gembira membaca kisah bekas banduan yang dikenal ramai sekarang sebagai 'Dr Malik Yatam'. Beliau buat sejarah sebagai banduan pertama yang dapat ijazah doktor falsafah (PhD) di negara ini. Beliau berusia 39 tahun sekarang dan telah menjalani kehidupan di penjara selama 14 tahun sejak 2001.
Beliau telah diberikan pengampunan oleh baginda Sutan Selangor dua tahun lalu. Baginda Sultan berkenan menemui beliau di Istana pada bulan Februari tahun ini, kali pertama baginda menemui banduan yang diampunkan.