Situasi selepas raya
Iklan
Kegagalan kempen berjimat menjelang raya bukan sekadar masalah disiplin kewangan malah ia juga adalah masalah psikologi massa. FOTO: Imej janaan AI
ARTIKEL ini saya tujukan kepada umat Islam di Malaysia sahaja. Saya tak campur hal saudara-saudara seagama di negara lain. Saya bukan penghidap psychopathic ego ala-Amerika yang bukan setakat menyibuk, tetapi juga sentiasa cuba menguasai rumah tangga orang.
Dan artikel ini juga masih mengenai hari raya yang kehangatannya masih terasa, terutama oleh mereka yang terperangkap teruk dalam kesesakan jalan raya untuk kembali ke ibu kota selepas menamatkan cuti di kampung halaman masing-masing.